Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Zarul atau nama sebenarnya, Zarulkefli Husin, 43, meminta tips nyanyian dari vokalis kumpulan OAG, Radhi.

Menerusi kemaskini Instagram milik Zarul, vokalis kumpulan Umbrella itu bertemu dengan Radhi dan ahli kumpulan OAG yang lain.

“Semalam pergi jumpa @radhioag mintak tips sesambil jamming lagu Generasiku. To be honest, memang saya tak pernah nyanyi pun lagu ni kat mana mana tapi bila dah jamming semalam baru rasa konfiden nak nyanyi.

“Namun cabaran tetap ada dimana lagu ni saya kena berhati-hati dengan patah lagu sebab lagu ni agak laju dan stamina kena tip top, dan last sekali mesti kena ada satu signature jump baru lagu ni jadi complete. Apapun kita merancang dan berusaha lepas tu kita tawakkal je lah,” tulis Zarul dalam salah sebuah entri Instagram miliknya.

Di konsert ketiga GV 3, Zarul bakal menyanyikan lagu kumpulan OAG yang berjudul Generasiku.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu ketiga GV 3 bakal membawa tema Ada Bran? dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Jammin session with .... agak2 saper ??

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on


Smlm pergi jumpa @radhioag mintak tips sesambil jamming lagu #Generasiku .. tbh mmg sy tak pernah nyanyi pun lagu ni kat mana mana tp bila dah jamming semlm baru rasa konfiden nk nyanyi .. namun cabaran ttp ada dimana lagu ni saya kena berhati hati dengan patah lagu sbb lagu ni agak laju, dan stamina kena tip top, dan last sekali mesti kena ada satu signature jump baru lagu ni jd complete - apapun kita merancang dan berusaha lepas tu kita tawakkal je lah #TeamZarul #zarulgv2016 #zarulumbrella #indigitalmusic @rakudotmy @zaruliansfc

A photo posted by Zarul Husin (@zarulumbrella) on