Semalam viral di media sosial apabila sebuah video memaparkan detik cemas adegan ngeri sebuah van yang dipandu secara merbahaya merempuh beberapa buah motorsikal.

Kejadian yang berlaku di Lebuh Campbell, George Town, Pulau Pinang itu mula menjadi bualan hangat pengguna media sosial dan secara tidak langsung telah membuatkan penduduk Pulau Pinang bimbang.

Video berdurasi 18 saat itu dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Penang Kini Press, telah ditonton lebih 100 ribu kali dan dikongsi lebih 3000 oleh netizen.

Namun, tenyata kejadian yang berlaku itu hanyalah lakonan oleh pelakon lagak ngeri dalam menjayakan sebuah filem aksi bertajuk "The Leakers" dari Hong Kong.

Pihak syarikat perfileman, Filem Force Studio Sdn Bhd telah mengeluarkan sepucuk surat untuk memaklumkan kepada penduduk di Lebuh Campbell dan Jalan Kuala Kangsar mengenai pengambaran filem yang menjalankan pergambaran pada Sabtu 1 Julai 2017 lalu.

"Lebuh Campbell dan Jalan Kuala Kangsar telah dipilih sebagai lokasi pergambaran kerana jalan itu merupakan tempat paling sesuai dengan filem ini.

"Kami juga telah memohon dan mendapatkan kebenaran daripada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi menutup sementara jalan terlibat untuk tujuan pergambaran."

Diharapkan dengan penjelasan ini akan dapat menjawab segala kebimbangan yang berlaku kepada penduduk Pulau Pinang.



Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi