Pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi kini sedang menghabiskan masa bersama menikmati percutian mereka di Pulau Pangkor.

Menerusi akaun Instagram (IG) Elfira telah berkongsi sekeping foto bersama kekasihnya itu.

Elfira menerusi kapsyennya berkongsi rasa terkejut dengan kehadiran Sufian ke pulau peranginan tersebut secara tiba-tiba.

"Oh , suruh tidur tahu tahu sampai sini. Youuuuuu sneakyyyy youuuu @sufiansuhaimi_"

Pun begitu, mereka bukan hanya berdua kerana menerusi IG Story Elfira, kelihatan adik dan ibunya ada bersama.