Pelakon Zara Zya telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di tepi pipinya.

Menerusi sebuah muat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, Zara telah berkongsi foto selepas menjalani pembedahan dan sedang terbaring di katil hospital.

"Assalamualaikum, Zara selamat menjalani pembedahan semalam selama tiga jam untuk membuang ketumbuhan kelenjar di tepi pipi.

"Ketumbuhan yang dulu kecil makin lama makin membesar dan kalau dibiarkan boleh jadi kanser dan tiada lagi expression di wajah Zara. Alhamdulillah, keadaan Zara semakin stabil. Terima kasih kerana mendoakan Zara."

Menerusi entri tersebut, rata-rata peminat Zara melahirkan rasa risau dan mereka berharap agak dia segera sembuh dan mendapat rehat secukupnya.

@suemnsr: "Insha Allah. Moga Allah beri kesembuhan untuk Zara Zya dan akan dipermudahkan segala urusan. Amin."

@n_maizatulakmal: "Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segalanya dan semoga cepat-cepat sembuh akak dan mempunyai rehat yang cukup."

@kamarudin179: "Syafakillah semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Kalau boleh tengah baring-baring tuberzikir subhanallah, Alhamdulilah, Allahhuakbar lah ye."

@naimsbri: "Alolo kesian dia, semoga cepat sembuh dan jangan lupa untuk makan ubat yang diberikan dan mempunyai rehat secukupnya."

@zuraidadaud14: "Semoga Allah diberikan kekuatan kepadamu Zara Zya menghadapinya dan semoga cepat sembuh. Saya sentiasa doakan hanya yang terbaik untuk Zara Zya."

Assalamualaikum... zara selamat menjalani pembedahan semalam selama 3 jam untuk membuang ketumbuhan kelenjar di tepi pipi. Ketumbuhan yg dulu kecil makin lama makin membesar dan kalau dibiarkan boleh jadi kanser dan tiada lagi expression diwajah zara. Alhamdulillah keadaan zara semakin stabil. Terima kasih kerana mendoakan zara. -Admin-

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi