Terkejut Astro Gempak lihat susuk tubuh pelakon jelita Izara Aishah dengan wajahnya yang semakin tirus dan kurus.

Bagaimanapun, Izara masih kelihatan sangat jelita walaupun wajahnya nampak cengkung dengan bentuk tubuh yang masih montok walaupun lebih 'kecil'.

Apa rahsianya?

Untuk pengetahuan semua, Izara kurus dan hilang 5 kilogram(kg) berat badannya kerana disuruh melakukan demikian oleh pengarah, Osman Ali ketika menjalani penggambaran filem ini dua tahun yang lalu.

Astro Gempak difahamkan, Izara 'dipaksa' menurunkan berat badannya untuk menjayakan watak sebagai Salina dalam filem berjudul Kau Yang Satu.

Walaupun Izara mengakui sukar untuk menurunkan berat badan kerana tabiatnya yang suka makan, demi komitmen, dia akur dengan kehendak Osman.

Kami juga hampir tidak percaya selepas melihat sendiri trailer filem adaptasi novel 'bestseller' oleh Nia Azalea ini di laman sosial YouTube Astro Shaw.

Berat badan Izara ketika melakonkan filem Kau Yang Satu ialah 49kg berbanding 54kg sebelum memulakan penggambaran.

Tak percaya? Tengok trailer di bawah:

Macam itulah seorang pelakon yang hebat...Sanggup lakukan apa sahaja demi tugas dan sentiasa komited dengan tanggungjawabnya.

Tahniah Izara! Nampaknya watak dan perwatakan Salina berjaya diterjemahkan dengan begitu baik.

FIlem yang berkisarkan tentang pergolakan cinta tiga seni ini turut memaparkan Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Amyra Rosli, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Kau Yang Satu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai ini. Tak Sabar!