Mariah Carey Putus Tunang, Cincin Bernilai RM40 Juta Jadi Miliknya

28 Oktober 2016. 11.57 AM
42,487
Hiburan
Mariah Carey Putus Tunang, Cincin Bernilai RM40 Juta Jadi Miliknya

Penyanyi terkenal Hollywood, Mariah Carey 46, secara rasminya telah memutuskan pertunangan dengan ahli perniagaan Australia, James Packer, 48.

Menurut laporan The Sun, berdasarkan sumber yang enggan dikenali, cincin pertunangan bernilai RM40 juta turut menjadi milik Mariah.

“Memang hubungan mereka sudah berakhir dan tidak boleh diselamatkan lagi.

“Ia juga dikatakan berpunca daripada Mariah yang memberi pelbagai alasan untuk tidak menghadiri sambutan hari lahir kakak Parker di Sydney, baru-baru ini.

“Perkara tersebut menyebabkan ibu Parker tidak mahu ambil tahu langsung mengenai Mariah dan membenarkan nama penyanyi popular itu disebut  lagi,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, konsert jelajah Mariah, Sweet Sweet Fantasy di seluruh Amerika Selatan, iaitu Brazil, Chile dan Argentina sepanjang Oktober ini dibatalkan serta merta.

Mariah hanya memberi kenyataan maaf kepada semua peminat setianya dan berharap akan bertemu dengan mereka pada masa akan datang.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: The Sun 


Artikel Berkaitan


Komen