Foto anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, iaitu SM Faliq melamar anak perempuan kepada jutawan Tan Sri Vincent Tan dikenali sebagai Chryseis Tan, tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

Chryseis, 29, telah memuat naik foto SM Faliq Nasimuddin, 32, melamarnya di akaun Instagram pada 30 Jun lepas ketika mereka sedang bercuti di Marrakesh, Morocco.

Difahamkan, merpati dua sejoli ini sudah mula menjalin cinta sejak beberapa tahun lalu sebelum hubungan mereka ke peringkat lebih serius.

Chryseis turut mengumumkan pertunangannya dengan Faliq di laman sosial sama sejurus selepas dilamar Timbalan Presiden Eksekutif Naza TTDI itu.

Bapa Faliq telah menubuhkan Kumpulan Syarikat Naza pada tahun 80-an dan menyumbang kepada pembangunan sektor automotif, pembinaan dan hartanah negara.

Sementara bapa Chryseis pula merupakan seorang jutawan terkenal yang telah berjaya menubuhkan pelbagai jenis perniaagaan menerusi empayar syarikatnya.

Nampaknya dua empayar bakal bersatu sekiranya syarikat korporat Kumpulan Naza dan Kumpulan Berjaya digabungkan selepas perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini.

Chryseis merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square.