Pelakon dan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF6), Lufya Omar mengusik suaminya, Che Muhammad Hafiz yang sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Lufya yang hamil enam bulan mengusik suaminya menerusi satu foto yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.

Foto tersebut memperlihatkan suaminya sedang tersenyum gembira sambil mendukung seorang bayi perempuan comel.

“Amboi kemain daddy punya happy! Nak baby girl la tu, #daddytobe #cutebaby,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, suaminya juga turut berkongsi perasaan teruja untuk bertemu dengan cahaya mata mereka menerusi akaun IG peribadinya.

“Pengalaman pertama beraya bersama isteri ke Kelantan boh! Tahun depan bertiga pulak. Perut dah start mengembung tu. Thank u Allah. Selamat Hari Raya kepada muslimin & muslimat. Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga @luluandken #lovebirds #lufyahafiz #wifey,” tulisnya.

Lufya berkahwin pada 26 November tahun lalu dengan seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharom.

Amboi kemain daddy punyer happy! Nak baby girl la tu? #daddytobe #cutebaby ?watch my Insta Stories to see more.

A post shared by Lulu & Ken (@lufyaluvya) on

Counting days #20weeks ? #daddytobe

A post shared by Chehafiz (@chehafiz007) on

Pengalaman pertama beraya bersama isteri ke Kelantan boh! Next year bertiga pulak. Perut dah start mengembung tu? Thank u Allah. Selamat Hari Raya kepada muslimin & muslimat. Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga @luluandken #lovebirds #lufyahafiz #wifey

A post shared by Chehafiz (@chehafiz007) on

Teks oleh: Mya Amri