Gadis Shell atau nama sebenarnya Nor Shafila, 25, mengakui kesal kerana ada segelintir pelanggan yang sanggup melakukan aksi tidak senonoh dan memalukan ketika bergambar bersama posternya.

Menerusi sebuah muat naik di akaun Facebooknya, Nor Shafila, 25, telah menulis status memaafkan setiap pelanggan Shell yang melakukan perbuatan melampau terhadap posternya.



Rata-rata yang membaca status tersebut memuji sikap positif Nor Shafila dan mereka berharap agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

@Mohd Faiz: "Tak semua ada hati seperti akak, mudah untuk memaafkan. Alhamdulillah semoga akak diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik."

@Khairul Anuar: "Dia pun dah minta maaf. Kadang-kadang manusia tidak terlepas melakukan kesilapan dalam kehidupan. Mungkin masa gambar dia ambil tu dengan tujuan untuk bergurau dengan kawan. Tapi cara dia itu salah. Saya berharap agar dia sedar dengan kesalahan yang dilakukan. Rasa bangga dengan akak kerana tak semua ada hati macam akak, mudah memaafkan. Alhamdulillah, mulia sungguh hati akak."

@Nur Farhan: "Alhamdulillah, mulia sungguh hati akak semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga perkara ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua."

@Adli: "Sabar ye, memang kadang-kadang ada yang kurang baik mentalitinya buat perkara bodoh seperti ini. Anggap la dia kurang ada kesedaran sivik dan yang penting saya tetap menyokong tindakan akak Shell ini."

Sebelum ini viral beberapa keping gambar terlampau melibatkan poster Nor Shafila dan perkara itu menimbulkan kemarahan netizen yang menganggap ia sebagai satu bentuk pencabulan.