Pasangan Jay Z dan Beyonce berhabis sekurang-kurangnya $400,000 (RM2 juta) sebulan untuk menyewa sebuah rumah agam demi kedua-dua anak kembarnya, Rumi dan Sir Carter.

Rumah yang diberi nama La Villa Contenta (The Happy House) itu terletak di di Malibu, California, Amerika Syarikat.

Selain mempunyai 10 buah bilik tidur, 14 kamar mandi La Villa Contenta dilengkapi sebuah kolam infiniti bersaiz 25 kaki persegi.

Beyonce bersama keluarganya dilaporkan bakal menyewa rumah yang telah diubah suai untuk kedua-dua anak kembarnya itu sehingga bulan Ogos nanti.

Bagaimanakah rupa bentuk kediaman mewah ini? Jom tengok gambar-gambar rumah itu.















Teks oleh: Amri Hassan'
Sumber: Mirror