Hari ini sudah masuk Syawal ke-8 dan rasanya belum terlambat lagi untuk Miss K ucap Selamat Hari Raya Aidilfitiri kepada semua pembaca Astro Gempak.

Seronok Miss K layan gambar-gambar Raya semua selebriti tanah air bersama keluarga dan yang tersayang di laman Instagram (IG) , meriah sungguh!

Namun yang paling menarik perhatian Miss K adalah foto yang dimuat naik oleh pelakon Fiza Halim iaitu bekas isteri penyanyi Adam AF.

Bukan sahaja tarik perhatian malah mengejutkan juga apabila Fiza memuat naik foto mesra di Hari Raya pertama bersama seorang lelaki! Siap pakaikan butang baju Melayu lagi.



Menerusi siasatan Miss K yang tak seberapa ini, lelaki itu adalah suaminya.

Bukan apa cara mesranya itu memang macam suami isteri apabila siap berpelukan serta berpegangan tangan .

Miss K pun meneruskan siasatan lagi, dan memang sah lah lelaki itu suaminya kerana di laman IG lelaki itu ada 'mention' yang Fiza adalah isterinya.

Lelaki itu rupanya bekerja sebagai seorang juru terbang dan juga seorang duda anak tiga.

Persoalannya sekarang, bila pula Fiza kahwin dengan lelaki yang dikenali dengan nama jefri itu?

Apa-apa pun Miss K doakan moga rumahtangga mereka kekal bahagia hingga ke jannah.

Jom kita layan foto-foto mereka berdua di bawah:








Butang baju melayu aku mana pah???? ???? tqsm to @butangbajumelayushazz ...to those yg nak cari butang baju melayu,boleh check ig @butangbajumelayushazz @butangbajumelayushazz @butangbajumelayushazz ya... #love #joy#raya2017 #???? #FH2017?

A post shared by Fiza Abdul Halim (@fizahalimofficial) on