Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 5 petang semalam berikutan pertambahan kenderaan menuju ke destinasi masing-masing.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad melaporkan trafik di Pulau Pinang bergerak perlahan dari Bertam ke Sungai Dua dan dari Seberang Jaya menuju ke Perai.

Pergerakan kenderaan turut perlahan di Perak dari Changkat Jering ke Bukit Berapit, dari Kuala Kangsar ke kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak, dari Simpang Pulai ke Hentian Simpang Pulai, dari Tapah ke Bidor dan dari Sungkai ke Slim River.

Sementara di Selatan, trafik perlahan di Johor dari Pandan menuju ke Pasir Gudang, dari Kempas ke Pasir Gudang dan dari Senawang ke Seremban di Negeri Sembilan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Sumber: Harian Metro