Tersenyum Miss K apabila mendapat berita tentang penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy.

Miss K mendapat tahu daripada seorang teman yang mesra dengan panggilan Kak E, yang mengatakan Sufian menghantar rombongan merisik Elfira siang tadi.

Tetapi 'details' tentang majlis tersebut tidak pula Kak E beritahu kepada Miss K.

Kata Kak E, Elfira juga ada menulis 'Nervous' dan '39600' saat pada ruangan status di laman sosial Twitternya seolah-olah sedang memberikan gambaran tentang debarannya menanti sesuatu.





Teruja mendengar cerita Kak E, Miss K terus stalk IG Elfira dan Sufian!

Haaa...Miss K rasa mungkin ada benarnya cerita disampaikan Kak E sebab di IG Story Elfira, memang ada beberapa foto pelakon tersebut manis berbaju merah jambu disamping sejambak bunga mawar digubah cantik.

Kapsyen yang ditulis Elfira pun macam nak bagi 'hint'; ‘Today is the day, Bismillah’, ‘Nervous’, ‘He’s here’ dan ‘Happy girl is happy’.





Nak kata bukan Sufian pun tak mungkin juga, lebih-lebih lagi corak pinggan mangkuk yang kelihatan dalam IG Story Elfira sama macam dalam foto yang Sufian muatnaik di IGnya!

Bukan mangkuk je tau, susunan bunga dan warna langsir pun sama seperti di rumah Elfira.

See...something fishy kan? Fishy-fishy sweet mat saleh kata. Miss K rasa, nak tukar kerjaya jadi detektif pula lepas ni. Hehehe...

Miss K ucapkan tahniah kepada Elfira dan Sufian jika benar berita disampaikan Kak E ini.

Mesti peminat kedua-dua artis ini pun happy jika benar hubungan mereka dah sampai ke tahap ini.

Miss K: Dah mula rindukan #Fattzura.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!