Isteri kepada pelawak dan penyampai radio ERA fm, Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman dimasukkan ke hospital akibat demam panas.

Berita itu juga dikongsi oleh Fad dan isterinya yang lebih mesra dengan panggilan Syeera di akaun Instagram menerusi beberapa siri foto sejak Isnin.

“Hari kedua dengan baju raya saya,” tulisnya ringkas beserta foto dirinya terlantar di atas katil hospital dengan memakai sarung kaki.

Manakala Fad pula memohon supaya isteri kesayangannya itu kembali pulih seperti sediakala.

“Raya kedua kami di sini, cepat la sihat ye mummy,” tulisnya beserta emoticon sedih.

Dalam pada itu, ruangan komen IG pasangan ini dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan supaya Syeera cepat sembuh dan mendapat rehat secukupnya.

Syeera yang juga ibu kepada pasangan kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan ini ditahan diwad Hospital Pakar Regency, Johor Bahru.

​Teks oleh: Mya Amri