Pelakon Lee Joon menjelaskan dia memperbaiki mutu lakonan melalui komen peminat di laman sosial.

Soompi melaporkan, Lee Joon sering menghabiskan masa dengan membaca komen dan kritikan yang diberikan oleh peminat.

"Saya selalu membaca komen daripada peminat mengenai lakonan kerana dari situ saya dapat mengetahui kelemahan lakonan saya.

"Pandangan mereka amat penting kerana saya harus untuk memperbaiki mutu lakonan dari semasa ke semasa.

"Adakalanya saya akan terluka apabila membaca komen-komen negatif namun harus menerimanya," katanya.

Bagaimanapun Lee Joon menjelaskan, sebagai seorang selebriti dia mesti bersikap terbuka kerana kerjayanya itu akan dinilai oleh penonton dan peminat.

Sementara itu, Lee Joon berkata, dia tetap menerima komen yang diberikan kepadanya sebagai satu pembakar semangat untuk berjaya dalam bidang lakonan.

Katanya, penonton adalah punca dia masih berada di sini dan perlu mengambil kira pandangan mereka tidak kira baik mahupun buruk.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Soompi