GV 3: Nora Terharu Suami Buat Kejutan Hadiahkan Sejambak Bunga

28 Oktober 2016. 4.48 PM
42,380
Hiburan
GV 3: Nora Terharu Suami Buat Kejutan Hadiahkan Sejambak Bunga

Bintang GegarVaganza 3 (GV 3) Nora Ariffin terharu apabila suaminya memberikan kejutan dengan menghadiahkan sejambak bunga.

Hadiah istimewa tersebut telah diberikan oleh suaminya yang juga merupakan komposer, Johan Nawawi ketika konsert kedua GV 3 yang berlangsung pada Ahad lalu.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan menghargai pemberian suaminya.

Dia juga telah memuatnaik fotonya bersama jambangan bunga tersebut beserta kapsyen dan ikon berbentuk hati yang berbunyi:

“Dah 20 tahun nyanyi… Today dapat bunga dari suami tersayang… 💕💕💕💕💕💕😘😘😘😘😘❤️❤️❤️❤️@johannawawi... Doakan dinda ye bang,” tulisnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status yang ditulis di akaun Facebooknya berkenaan tidak mendapat sokongan suami untuk sertai GV 3, Nora menjelaskan tindakannya itu hanyalah sekadar luahan hati dan tidak mempunyai sebarang tujuan tertentu.

“Sebagai wanita, kadang-kadang emosinya tidak stabil. Saya bukan hipokrit, artis juga manusia biasa.

“Adakalanya kita rasa ingin meluahkan sesuatu dengan tujuan untuk berkongsi perasaan dengan peminat. Bukannya dengan tujuan untuk minta simpati.

“Dalam rumah tangga sudah pasti ada turun naiknya. Dalam keadaan begini sudah pastilah saya mahukan sokongan suami.

“Memang benar saya dapat sokongan daripada kawan-kawan dan peminat, terima kasih sangat. Tapi itulah saya pun tak sangka dia akan buat kejutan macam ni.

“Nampaknya dia balas balik dengan sejambak bunga di mana saya rasa tindakan itu sangat ‘sweet’.

“Isteri mana yang tak gembira bila dah penat 'berjuang' atas pentas tiba-tiba suami datang bagi bunga.

"Terubat jugalah hati saya dan saya hargai usaha dia untuk luangkan sedikit masa untuk saya walaupun sibuk dengan kerjanya,

“Selepas ini makin semangat la saya nak bertanding di pentas GV 3,” jelasnya ketika ditemui Astro Gempak.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu kedua GV 3 bertemakan Memori Berkasih dan 12 peserta masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan