Anda pasti teruja apabila mendapat tahu bahawa sekumpulan pereka di Sweden telah berjaya mencipta bulu mata palsu menggunakan diod pemancar cahaya atau LED.

Ya, sudah pasti selepas ini anda akan kelihatan lebih moden dan canggih berbanding tetamu lain apabila beraya dengan memakai bulu mata palsu LED.

F.Lashes telah dicipta oleh seorang pereka produk kecantikan berasaskan teknologi bernama Tien Pham.

Bayangkan, teknologi canggih ini bakal membolehkan anda tidak lagi perlu mengenakan maskara tebal pada bulu mata anda untuk mendapatkan kesan tertentu pada mata anda.

Mungkin tidak lama lagi anda boleh menggunakan bulu mata LED ini untuk kelihatan menawan, kerana bulu mata anda bukan sahaja bersinar terang, malah ia juga berkelap-kelip.

Laman sesawang Digit.in melaporkan, bulu mata LED ini terdapat dalam tujuh warna, iaitu merah jambu, merah, biru, biru muda, putih, kuning dan hijau tetapi harganya tidak dinyatakan buat masa ini.

Lampu LED mata bulu mata itu juga boleh bergerak mengikut pergerakan kepala anda.

Jika anda menari, ia akan berkelip-kelip. Pendeknya ia cukup bijak untuk mengikut pergerakan tubuh anda.

Ia disambungkan kepada bateri yang kecil yang diletakkan di bahagian belakang kepala pengguna dan ada suis hidup/mati.

Bateri F.Lashes buat masa ini boleh bertahan selama empat jam!

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Detik In, Dailymail