Peminat Shuib Sepahtu melahirkan rasa bimbang mereka terhadap tahap kesihatan pelawak kesayangan mereka itu yang terkena demam campak sejak beberapa hari lalu.

Menerusi sebuah muat naik di Instagram (IG) miliknya, Shuib memberitahu dia disahkan dijangkiti demam campak selepas membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik.

"Dugaan raya tahun ni agaknya. Dah ade rasa nak kena demam campak sebab anak-anak semua berganti-ganti kena campak. Lepas berbuka semalam, satu badan sakit serta ade bintik-bintik merah dan berair.

"Pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor dan terus doktor memberitahu 'yes awak memang kena demam campak'. Termenung kejap sebab raya hanya tinggal beberapa hari sahaja.

"Doakan saya cepat sihat, kalau campak ni nak kluar, jangan la keluar banyak sangat. Saya nak raya, doakan saya cepat sembuh. AMIN," tulisnya menerusi entri di Instagram (IG)nya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen foto tersebut, pengikut IGnya berharap agar Shuib segera sembuh dan dapat menyambut hari raya yang akan menjelang esok.

@fikrizainuri: "Didoakan agar Shuib segera sembuh dan sihat seperti selalu. Selamat Hari Raya @shuibsepahtu."

@ZulArif: " Bertabahlah dengan dugaan yang dihadapi ini mungkin ada hikmah yang terjadi. Semoga Shuib cepat sembuh dan menyambut hari raya dengan penuh riang."

@ssyednaazrul: "Shuib minum air kelapa dan jangan mandi nanti lagi teruk bintik merah itu keluar. Esok mesti ok. Air kelapa original,"

@zaddonomano: "Rest well bro dan kalau nak cepat sembuh minum air kelapa bagi die keluar habis. Insyallah sempat raya nanti."

@azlin.lin.904: Moga Shuib cepat sembuh sepenuhnya yer, kesian saya tengok. Dahlah nak dekat raya ni.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi