Pelawak Achey Bocey menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman supaya menyelenggara kenderaan terlebih dahulu kerana tidak mahu mereka mengalami nasib malang sepertinya.

Menerusi sebuah muat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, Achey telah berkongsi video kenderaannya yang tersadai di tepi jalan akibat kehabisan minyak.

"Assalamulaikum semua dan selamat menjalani ibadah puasa kerana tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk menyambut hari raya.

"Untuk korang semua sila hati-hati di jalan raya dan jangan lupa untuk menyelenggara kenderaan sebelum memulakan penjalanan kerana saya tidak mahu anda mengalami nasib seperti saya yang terpaksa duduk di tepi jalan," katanya.

Tambah Achey kereta yang dinaiki olehnya kehabisan minyak disebabkan meter minyak yang terdapat dikenderaan itu rosak.

Achey juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri dan berharap agar semua dapat sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan selamat.

Selamat berbuka dan hati2 di jalan raya.... INGAT!!!!! PESAN SAYA!

A post shared by achey bocey/ #BlackDotChey (@acheykintangkintung) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi