Penyanyi Indah Ruhaila mengakui bahawa hubungan pertunangan dengan jejaka yang diberi nama Mr.R sudah berakhir sejak tiga bulan lalu.

Menerusi laman sosial Intagram (IG) miliknya, Indah berkata, punca perpisahan yang terjadi diantara mereka disebabkan oleh kesilapan daripada kedua-dua pihak.

"Saya pasti ramai yang sedar akan isu melibatkan saya sedang diperkatakan di ruang media cetak dan elektronik kebelakangan ini.

"Dengan ini, saya ingin mengambil pendakatan dengan memberi kenyataan rasmi berkaitan isu yang dibangkitkan. Saya mengesahkan bahawa kini saya bukan lagi tunangan orang.

"Pertunangan saya bersama Mr.R telah berakhir sejak tiga bulan lalu. Kami masing-masing ada melakukan kesilapan dan saya bukan manusia sempurna," tulisnya.

'Salam, ini kenyataan rasmi dari sy. Sesungguhnya yang buruk itu dari saya, dan yg baik dari Allah S.W.T'

A post shared by @indahruhaila on


Dalam pada itu, Indah turut meminta maaf terutamanya keluarga kedua-dua belah pihak yang terjejas dengan isu berkenaan.

"Saya meletakkan diri saya yang paling bawah memohon maaf atas segala khilaf kepada semua pihak dan rakan-rakan.

"Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan," ujarnya.

Tambah Indah, dia juga tidak akan memberi komen lanjut dan enggan membicarakan hal berkenaan kerana banyak hati perlu dijaga.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi