Seorang lelaki yang merupakan pekerja KFC telah dipilih menjadi model apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon drama bersiri Goblin iaitu Gong Yoo.

Wajah lelaki itu mula diperkatakan oleh orang ramai apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Eriel Pangan Mendoza memuat naik fotonya laman sosial Facebook.

"Sekarang ini saya tidak perlu lagi ke Korea Selatan untuk bertemu dengan Gong Yoo memandangkan saya dapat berjumpa dengan dia di restoran makanan segera.

"Saya juga telah menemui Goblin dan saya juga dapat melihat pedang di dadanya. Adakah dia bakal menjadi suami saya?,"
tulisnya yang mengikut skrip dalam drama Goblin seperti dilaporkan Koreaboo.



Lelaki itu dikatakan berasal dari Filipina dan gambar dia menjadi tular di media sosial sehingga mendapat perhatian peminat Korea sendiri.

Disebabkan populariti yang diraih oleh lelaki itu, pihak KFC Filipina telah melantiknya menjadi model dan melancarkan sebuah kempen 'Goblin's Wife Lookalike' untuk mencari wanita yang mempunyai wajah mirip seperti Kim Go Eun.

Sumber: Koreaboo