Bersempena dengan kehadiran Syawal yang bakal menjelma, pelakon dan penyanyi Maya Karin mengajak peminat untuk beraya bersama.

Namun bukanlah dengan cara menghadiri rumah terbuka sebaliknya menyertai pertandingan ‘Jom Karaoke Raya Bersama Maya Karin’.

Pihak Warner Music Malaysia telah bekerjasama dengan Red Box Karaoke selaku penaja lokasi untuk menganjurkan pertandingan berkenaan.

Pertandingan itu telah pun bermula pada 22 Jun dan akan berakhir pada 14 Julai depan.

Istimewanya, Maya Karin sendiri yang akan hadir dan berkaraoke bersama pemenang yang bertuah.

Berikut merupakan lokasi pertandingan tersebut.

19th July 2017 – RED BOX , 1st Avenue, (KOMTAR) Penang

22nd July 2017 – GREEN BOX, Seremban 2

23rd July 2017 – RED BOX, The Gardens Mall

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini ya. Bukan senang nak berduet dengan artis popular tau!

Terdahulu, Maya telah banyak mewarnai dunia industri seni tanah air bermula dengan bidang pengacaraan, dan kemudian beralih ke bidang lakonan, pementasan teater dan juga nyanyian.

Pada tahun 2014, Maya telah mengeluarkan lagu raya berjudul ‘Pulang’ dan lagu tersebut sering dimainkan dicorong-corong radio apabila tiba Hari Raya Aidilfitri.