Semalam, sebuah lagu hari raya berjudul Suasana Hari Raya nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini versi Thailand telah mendapat perhatian ramai.

Lagu tersebut telah dinyanyikan semula oleh tiga penyanyi Thailand iaitu Khamas, Khalis dan Khalin.

Selain diberikan nafas baru dengan rentak yang lebih perlahan, lirik lagu tersebut juga telah diubah dalam bahasa Thailand kecuali beberapa perkataan seperti ”Selamat Hari Raya” masih dikekalkan dalam Bahasa Melayu.

Walaupun baru dikongsi semalam, lagu tersebut telah didengar sebanyak 63 ribu pengguna laman sosial, Facebook.

Rata-rata netizen telah melontarkan komen dan berpendapat bahawa lagu tersebut memberi nafas baharu kepada lagu asal dan ianya amat menarik.

Ada juga yang meminta mereka agar mereka menghasilkan beberapa lagi lagu raya dalam versi Thailand seperti Senandung Hari Raya Untukmu nyanyian asal Dayangku Intan dan Balik Kampung nyanyian asal Sudirman.

Berikut kami kongsikan lagu Suasana Hari Raya versi Thailand yang tular di media sosial:




Teks oleh : Izzat Ridzwan