Pengacara program bual bicara, MeleTOP, iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad disahkan sedang bercuti selama dua minggu bermula 20 Jun.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Encik Raqim Ahmad.

“Dari awal lagi mereka telah menyatakan hasrat untuk bercuti sepanjang tempoh tersebut kerana sudah merancang untuk menunaikan ibadah umrah.

“Oleh yang demikian, pihak produksi MeleTOP sudahpun membuat perancangan untuk mengundang Siti Nordiana dan Imam Muda Ashraf sebagai hos jemputan.

“Mereka berdua akan menggantikan Nabil dan Neelofa untuk siaran lagsung yang bertarikh 20 Jun lalu,” katanya kepada Astro Gempak.

Maka, tiada sebarang isu seperti yang diperkatakan netizen di mana Neelofa tidak boleh bertentang mata dengan Fattah dan Fazura.

Selain itu Raqim turut menjelaskan bahawa Neelofa dan Nabil Ahmad akan kembali menjalankan tugas mereka seperti biasa pada siaran langsung bertarikh 11 Julai akan datang.

Walau bagaimanapun, difahamkan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan dan menyebabkan hasrat Neelofa untuk menunaikan umrah pada minggu ini terpaksa ditunda.

Teks oleh : Izzat Ridzwan