Kehidupan mewah penyanyi Syahrini selalu menjadi perhatian ramai, terbaru dia dilihat menaiki helikopter persendirannya untuk ke Bandung, Indonesia.

Menurut Detik Hot, penyanyi itu menaiki helikopternya semata-mata untuk melancarkan perniagaan kek yang diusahakan sempena Aidilfitri.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan helikopter itu mendarat dan Syahrini turun dari kendearaan tersebut sambil memegang sejambak bunga.

Dalam entri tersebut, Syahrini memberitahu dia tidak sabar untuk menanti hari pelancaran perniagaannya yang diberi nama Bandung Princess Cake.

"Landing Syantiieekkk Di Kota Bandung....Udah Ga Sabar Ketemu Kamu Orang Bandung Di Grand Opening @bandungprincesscake #KacidddaaaRaosnnnaaaa ••• #PrincesSyahrini #BandungPrincesSCake #KacidddaaaRaosnnnaaa,"

Sumber: Detik Hot