Penyampai radio Era, Ray akui pernah tidak pulang berhari Raya di kampung beberapa tahun lalu, kerana berselisih faham dengan keluarganya.
Ray atau nama sebenarnya Shah Reza Mohd Shah, 36, berkata menyambut Syawal tanpa ibu bapa ketika itu seperti tinggal keseorangan di dalam kubur.
"Punca perselishan faham dan pergaduhan kami ketika itu hanya perkara kecil sahaja tetapi saya akui kerana ego masing-masing tidak mahu mengalah.
"Saya tidak boleh lupa pengalaman berhari Raya tanpa insan tersayang.
"Apa yang boleh saya gambarkan, Raya tanpa ibu dan bapa seperti berada keseorangan di dalam kubur yang gelap.
"Sedih sangat Syawal pada tahun itu, saya sanggup tidak balik ke kampung dan hanya berkurung di rumah sahaja," katanya kepada Astro Gempak.
Ray ditemui di lokasi terakhir Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor pada Khamis.
Pengacara tersebut bagaimanapun kesal dengan apa yang berlaku dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi.
"Pada saya dalam keluarga terutama kita sebagai adik beradik perlu bertolak ansur dan ketepikan ego demi menjaga hubungan baik.
"Pada masa itu, saya kesal dengan apa yang berlaku dan saya pulang pada hari Raya ke enam untuk bertemu dengan ibu bapa saya serta meminta maaf," katanya lagi.
Ray pulang ke kampung halamannya di Melaka pada Syawal kedua nanti.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Fri Jun 23 2017
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.