Kecoh di media sosial rakaman video seorang wanita warga asing yang bongkak selepas ditegur kerana melanggar sebuah kereta.
Sudahlah tidak boleh menerima teguran, wanita itu juga berani memandu tanpa lesen dengan menggunakan kereta, yang cukai jalannya telah tamat tempoh.
Semalam menerusi laman rasmi Facebook Metafora Anafora, admin telah memuat naik video wanita tersebut yang dikatakan besar kepala selepas melanggar sebuah kereta di IOI Putrajaya.
"Overtake belah kiri tak lepas. Seret habis kereta belah kiri. Dah nak raya buat hal pula. Berlagak belajar UPM. Dia ingat saya ini takda degree ke?
"Lesen memandu dan Roadtax tiada dan dia salahkan saya yang langgarnya. Dari depan IOI Putrajaya saya kejar sampai Cyberjaya.
"Saya telah menghubungi balai polis Cyberjaya untuk melaporkan kejadian itu kerana dia tidak mahu mengaku kesalahan yang dilakukan.
"Ohh video yang last itu dia jatuhkan telefon saya, maka sampai situ sahaja saya dapat merakam video tersebut. Memang saya rasa tidak ada harapan nak claim sebab dia tiada insurance pun. Sapa-sapa boleh tolong beri cadangan apa yang saya perlu lakukan selain report polis?,"
Rata-rata netizen yang menonton video itu melahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap panas baran yang ditunjukkan oleh wanita warga asing itu.
Mereka berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap wanita itu kerana bimbang perkara sebegini akan terjadi lagi pada masa akan datang.
@Mike Leo: "Buat laporan dekat JPJ, Kastam dan Imigresen sekali. Suruh semak passport dia betul ke tidak. Kereta itu sepatutnya JPJ kena sita. Yang penting tindakkan tegas harus diambil."
@Izuan Subery: "Kenapa jadi macam ini. Apa keistimewaan warga asing ini sampai kebal di sisi undang-undang."
@Aida Aida: "Buat laporan polis dulu, biar dia berakal bila kena tindakan undang-undang. Saya pernah ade pengalaman dengan mereka. Jangan beri peluang biar mereka didakwa diatas kesalahan yang dilakukan ini."
@HadiAmeen: "Dah la datang ke negara orang nak tunjuk lagak pula, sekurang-kurangnya dah melakukan kesalahan cakap la baik-baik ini tidak siap melenting lagi."
Rozaimi Zubaidi
Fri Jun 23 2017
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!