Astro telah melancarkan cabang pemasaran digital berharu, iaitu Blaze Digital.

Blaze Digital menawarkan penyelesaian digital kepada pemasar bagi kesemua 21 jenama digital Astro.

Jenama digital ini termasuk portal hiburan Melayu nombor 1, Astro Gempak, portal berita nombor 1, Astro Awani, serta portal gaya hidup, Cina Xuan, Rojak Daily, serta 11 lagi penerbitan digital yang lain.

Pengarah Kumpulan Jualan Media Astro, TH Chong berpendapat mereka ingin menjadi teraju utama dalam dunia digital kerana ianya sedang berkembang pesat.

Selain itu Astro juga bercita-cita untuk menggabungkan semua platform digital terbesar di Malaysia dan menawarkan pasaran yang lebih meluas dan pantas

Sementara itu Pengurus Besar Blaze Digital, Jayatam Nagaraj, berkata, peluang yang bakal wujud adalah lebih luas kerana kekuatan dan kelebihan yang diperolehi Astro.

Blaze Digital juga merupakan platform tempatan dan bersedia untuk bekerjasama dengan jenama tempatan seperti Siakap Keli, Makchic, Nak Bebel, Tongue di Chic, Islam Itu Indah dan banyak lagi.

Perkongsian antara Blaze Digital bersama kesemua jenama digital Astro dan 11 lagi jenama digital bebas akan meningkatkan peluang kandungan dan juga teknologi digital.

Sebagai platform digital terbesar di Malaysia, Blaze Digital turut menyediakan perkhidmatan kepada syarikat untuk membuat analisa tentang produk beserta sasaran pemasaran mereka.

Pasukan Blaze Digital terdiri daripada pengarah kreatif dan pakar pemasaran digital yang berpengalaman untuk menyediakan strategi pemasaran digital termasuk kandungan video kreatif, papan iklan, dan sebagainya.


Olahan : Izzat Ridzwan