Mariah Carey tidak dikenali orang sekelilingnya ketika mengunjungi beberapa butik di Barcelona, baru-baru ini.

Mungkin disebabkan penampilannya terlalu santai dan tubuh yang berisi menyebabkan kehadirannya tidak disedari.

Menurut laporan Dailymail, penampilan penyanyi berusia 47 tahun itu dilihat berbeza dengan imejnya sebelum ini yang kemas dan seksi.

Penyanyi lagu My All itu hampir tidak dikenali ditambah pula dengan bentuk badannya yang sudah lebih berisi.

Tambahan pula dia kelihatan berseorangan tanpa ditemani kekasihnya Bryan Tanaka.

Sumber: Dailymail