Anang Hermansyah Dikurniakan Anak Kedua Bersama Ashanty

28 Oktober 2016. 8.10 PM
116,463
Hiburan
Anang Hermansyah Dikurniakan Anak Kedua Bersama Ashanty

Penyanyi dan komposer Indonesia Anang Hermansyah 47, telah dikurniakan cahaya mata yang kedua iaitu bayi lelaki yang diberi nama Arsya Akbar Pemuda Hermansyah.

Bekas suami kepada penyanyi Indonesia Krisdayanti itu memberitahu, Arsya dilahirkan secara pembedahan kerana isterinya Ashanty 31, tidak dapat melahirkannya secara normal.

“Anak kedua saya lahir pada jam 7.50 pagi dengan seberat 3.1 kilogram dan panjangnya sekitar 50 sentimeter di Hospital Medistra, Jakarta Selatan.

“Alhamdulilah, isteri saya Ashanty berada dalam keadaan sihat dan kami amat bersyukur dengan kelahiran anak baru ini dan melengkapkan lagi kebahagiaan kami,” kata Anang kepada portal Bintang.com.

Dalam pada itu suami Krisdsyanti, Raul Lemos turut melahirkan rasa gembira dengan kelahiran anak Anang.

Malah turut memberikan sejambak bunga, belon biru, patung beruang serta kad ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Di kad itu tertulis ‘kepada Anang Hermansyah dan Ashanty, selamat atas kelahiran Arsya, semoga menjadi anak soleh dan membanggakan keluarga, agama dan negara, Amin dari Raul Lemos dan keluarga.’

Kini Anang telah mempunyai 4 orang anak, dua daripada hasil perkahwinan bersama Kris Dayanti dan 2 lagi bersama Ashanty.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Bintang.com


Artikel Berkaitan


Komen