Pelakon Datin Nina Juren mendedahkan tidak pernah memiliki pencuci muka selain hanya menggunakan sabun tawas untuk membersihkan wajah.

Nina Juren, 45, yang berkongsi tips kecantikan itu memberitahu dia amat berhati-hati untuk menggunakan apa jua produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia.

"Sebenarnya saya kira bertuah kerana tidak mempunyai banyak masalah kulit muka tetapi saya tak nafikan sewaktu muda remaja saya juga mengalami masalah jerawat dan sebagainya.

"Dari dulu saya amalkan mencuci muka dengan sabun tawas sahaja tanpa menggunakan apa-apa produk lain untuk kecantikan wajah.

"Saya tidak suka menggunakan produk kecantikan yang mempunyai bahan kimia kerana bimbang kulit akan cepat rosak.

"Kini bila usia sudah meningkat saya akui saya perlu penjagaan lebih untuk wajah saya, justeru saya hanya berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan pencuci muka dari klinik yang benar-benar sesuai," katanya kepada Astro Gempak.

Nina juga mendedahkan meskipun kini sudah banyak puast kecantikan yang menawarkan rawatan penjagaan kulit, namun dia tetapi tidak mengamalkan apa-apa rawatan khas untuk kulitnya.

"Saya tidak membuat rawatan muka seperti facial di mana-mana puast kecantikan kerana bagi saya cukup ia dilakukannya sendiri di rumah.

"Selain itu untuk penjagaan kulit, saya juga hanya memakai solekan bila hanya perlu saya menjalani penggambaran sahaja dan jika di luar saya akan pastikan wajah saya bebas tanpa solekan.

"Apa-apa pun kita perlu menjaga kebersihan kulit kita terutama bila sebelum tidur supaya kulit dapat rehat secukupnya," kata pelakon Hero Seorang Cinderella ini.

Perkembangan lain, Nina kini muncul dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella akonan utama Fazura dan Fattah Amin yang ditayangkan di Slot Mega Drama saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123)

Teks oleh: Syafiqah Jalal