Foto Lee Kwang Soo Tayang Six Pack Jadi Perhatian

28 Oktober 2016. 10.08 PM
117,487
Hiburan
Foto Lee Kwang Soo Tayang Six Pack Jadi Perhatian

Peminat terkejut sebaik saja melihat foto pelakon dan juga anggota Running Man, Lee Kwang Soo mempunyai six pack.

Difahamkan foto tersebut merupakan salah satu babak dalam drama terbaru Lee Kwang Soo berjudul Entourage yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Foto yang menunjukkan Lee Kwang Soo memakai seluar jeans sedang berjalan dan membuka bajunya sambil tersenyum itu telah menjadi viral sejak semalam.

Selain six pack, perubahan bentuk badan Lee Kwang Soo yang nampak lebih berotot turut menarik perhatian peminat.

Ramai yang tidak menyangka Lee Kwang Soo atau lebih mesra dengan panggilan Kwang Soo itu mempunyai otot kekar memandangkan tubuhnya yang tinggi lampai itu nampak begitu kurus.

Disebabkan foto itu juga, Lee Kwang Soo menjadi perbualan hangat netizen yang terkejut dan terpegun dengan ketampanan aktor tinggi lampai itu.

Malah ada juga yang menyatakan hasrat untuk melihat Kwang Soo kembali menjadi model.

Dalam pada itu, rata-rata peminat yang melihat foto tersebut memberikan komen positif dan memuji perubahan bentuk tubuh pelakon itu yang kelihatan semakin berotot.

Terdahulu, Lee Kwang Soo atau popular dengan gelaran Zirafah ini juga pernah menjadi model satu ketika dulu namun mengambil keputusan untuk berhenti bagi memberi fokus kepada bidang lakonan.

Teks oleh: Mya Amri

Kredit foto: Runners





Artikel Berkaitan


Komen