Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menafikan dakwaan bahawa pejabatnya mengeluarkan kad perniagaan untuk isterinya, Datin Seri Haflin Saiful.
Kad perniagaan yang tular di media sosial pada Rabu itu menunjukkan logo rasmi kerajaan berserta gambar kecil isterinya di bahagian kanan kad berkenaan.
Di bawah nama yang tertera Datin Seri Haflin S, tertulis jawatan sebagai "Isteri-Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia".
Turut tertera alamat lengkap pejabat menteri di Putrajaya bersama nombor telefon dan emel bekas personaliti televisyen itu.
Nazri bagaimanapun berkata, kementeriannya tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang kad perniagaan kepada individu yang bukan berjawatan pegawai.
"Dia tidak bekerja untuk kementerian. Ia adalah palsu.
"Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami," katanya ketika dihubungi The Star.
Sumber: mStar Online
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di