Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan perasaan selepas dia dikritik oleh sesetengah netizen yang meninggalkan komen melampau di laman Instagram miliknya, @zarinazainuddin_.

Menerusi laman Instagram Zarina, aktres Ku Kirim Cinta itu memuat naik tiga video memaparkan anaknya yang autisme, Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal, 21, mengamuk akibat terlalu risaukan keadaan ibunya.

Azal menjadi gelisah dan risau apabila Zarina yang kurang sihat terlupa membawa ubat.

Gara-gara video tersebut, ada netizen yang kurang prihatin meninggalkan komen melampau terhadap di laman Instagram Zarina.

Zarina yang tidak tahan menerima komen negatif memberikan penjelasan menerusi sebuah entri terbaru yang memaparkan Azal sedang tidur kerana kepenatan.

“Terima kasih atas nasihat yang berguna untuk saya.. Azal dah tidur kepenatan.. Untuk komen yang membina terima kasih saya ucapkan.. Untuk komen yang melampau.. Anda tidak berada ditempat saya..

“Perkara ni hari-hari berlaku dua-dua anak autism saya hari hari mengamuk.. Cuma saya tak post video tu.. Ada yang boleh saya share saya share untuk panduan orang-orang yang senasib dengan saya..

“Bukan nak provoke anak saya.. Bercakap memang senang.. Sesiapa yang komen melampau saya terpaksa block anda.. Tabahlah kuatlah sabar sabar sabar..

“Allah sentiasa ada untuk kita.. Malam ni saya tetap jual pulut kuning rendang ayam rendang daging juga rendang kerang di Istana Budaya.. Last day saya meniaga arini esok saya nak beli baju raya anak-anak pulak,” tulis Zarina.

Ramai peminat yang turut bersimpati dengan Zarina dan faham dengan situasi yang dihadapi oleh ibu tabah itu.

Ada juga yang meninggalkan komen agar Zarina terus bersabar melayan karenah anak-anaknya yang sedang membesar.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Azal stress ubat ibu hilang.. ? #part1 #autism Saya sedih pagi ni.. ?

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

#part2 #autism Azal anak ibu.. Anak yang baik dia risau ubat ibu hilang.. Ibu shooting pagoni tonsil bengkak.. Suara..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

#part3❤️ #autism #autismawareness Anak ini tidak akan berpisah dari saya..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Terima kasih atas nasihat yang berguna untuk saya.. Azal dah tido kepenatan.. Untuk komen yang membina terima kasih saya ucapkan.. Untuk komen yang melampau.. Anda tidak berada ditempat saya.. Perkara ni hari2 berlaku dua2 anak autism saya hari hari mengamuk.. Cuma saya tak post video tu.. Ada yang boleh saya share saya share utk panduan orang-orang yang senasib dengan saya.. Bukan nak provoke anak saya.. Bercakap memang senang.. Sesiapa yang komen melampau saya terpaksa block anda.. Tabahlah kuatlah sabar sabar sabar.. Allah sentiasa ada untuk kita.. Malam ni saya tetap jual pulut kuning rendang ayam rendang daging juga rendang kerang di istana budaya.. Last day saya meniaga arini esok saya nak beli baju raya anak2 pulak.. #azalazil InsyaAllah jumps malam ni.. #mokcun #carbootsaleraya

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on