Seorang lelaki sanggup membahayakan nyawa anak saudaranya sendiri semata-mata mahu mendapatkan 1,000 'likes' di Facebook.

Lelaki warga Algeria tersebut dilihat memegang bahagian belakang baju anak saudaranya yang berusia dalam lingkungan 3 tahun ke luar tingkap dari tingkat 15 sebuah pangsapuri.

Menerusi foto yang dimuat naik, lelaki tersebut telah menulis kapsyen '1,000 likes atau saya akan jatuhkan dia'.

Orang ramai yang melihat gambar tersebut, telah membuat laporan polis dengan segera.

Lelaki itu berjaya ditahan hasil tindakan pantas pihak polis dan dia telah didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah meletakkan nyawa bayi itu dalam keadaan bahaya.

Namun, alasan tersebut tidak diterima hakim dan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara selama dua tahun.

Sumber: BBC