Seorang gadis penjual aiskrim tiba-tiba menjadi perhatian apabila beberapa keping foto dan videonya tular di media sosial.

Pengguna laman sosial memuji gadis tersebut kerana tidak malu menunggang motosikal dan menjual ais krim.

Gadis cantik tersebut dikatakan berniaga aiskrim di sebuah kampung di Langkawi.

Menurut sumber, gadis tersebut merupakan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan akan menjual ais krim setiap kali tiba cuti semester.

Malah ahli keluarganya yang lain turut melakukan pekerjaan sama dan aiskrim yang dijual mereka agak unik kerana dibuat sendiri dan dicampur dengan pulut.

Rata-rata netizen memuji sikap gadis itu kerana tidak kisah menjual ais krim walaupun dia seorang pelajar universiti.

Rupa parasnya yang menarik menyebabkab ramai netizen lelaki mengusiknya.


@Matt Adil: "Kalau macam ini punya cantik yang jual aiskrim, belum sempat aiskrim itu cair, kami dah cair dulu".

@Zalina Sakmis: "Mesti ayah budak yang tertunggu-tunggu awek cun penjual aiskrim setiap hari. Pasti terlajak laris punya jualan yang dilakukan itu".

@Dyno Shahril: "Nak mencari rezeki tidak perlu malu, zaman sekarang nie kita cari kerja bukan kerja nak cari kita".

@Farhan Riduan: "Aku penah jadi pelanggan dia masa dekat terminal feri Langkawi dulu. Memang bergetar tulung rusuk sampai hari ini tidak boleh move on lagi. Aiskrim dia memang sedap".

@Amin Iam: "Lepas ini customer dia mesti daripada golongan pakcik-pakcik dan abang-abang. Kanak-kanak sila beli dengan abang pakistan je".

@Sazlina Shah: "Pernah beli ais krim dengan dia, nampak parking motor depan BSN Langkawi, cantik seperti minah dari pakistan dan arab".

@Jacko Emkay: "Kecantikan dia sebenarnya pada keberanian dan usaha dia.. good one".