Konsert ketiga GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Rem diumumkan sebagai bintang kedua yang tersingkir.

Bertemakan Ada Bran, Rem telah menyampaikan lagu berjudul Penawar Rindu nyanyian asal Datin Orchid Abdullah.

Selain Rem, 10 bintang GV 3 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk DJ Dave sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Dalam pada itu, Zarul Umbrella telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Terbalik Paling Menyengat dan membawa pulang pakej ubahsuai ruang tamu bernilai RM10,000 dari Laurea Home Furnishing, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1. Azharina - No Women No Cry: "Amazing! Kamu boleh buat konsert dua jam. Saya suka apa yang kamu buat," - Datuk Khatijah Ibrahim.


2. Siti Sarah - Joget Sayang Disayang: "Kamu buat saya ketawa! Persembahan kamu kreatif dan tepat dengan tema lagu ini!" - Datuk DJ Dave.


3. Zarul Umbrella - Generasiku: "Persembahan kamu bagus. You did a very good job today!" - Datuk Ramli MS.


4. Gmie Screen - Seni Berzaman: "Wow! Suara kamu unik. Sebutan kamu bagus tetapi harus diperbaiki interaksi," - Datuk DJ Dave.


5. Nora - Sudah Ku Tahu: "Kamu harus betulkan low note. Tetapi persembahan kamu dah 95% okay. Mantap!" - Datuk DJ Dave.


6. Ameng Spring - Lelaki Seperti Aku: "Walaupun kamu lupa lirik, tapi persembahan kamu steady," - Datuk Ramli MS.


7. Intan Sarafina - Penantian: "Imej ini sangat sesuai dengan Intan. Sepatutnya Intan kekal dengan imej begini," - Datuk Khatijah Ibrahim.


8. Zur Eda - Karma: "Susah untuk menyanyikan lagu genre ini tetapi Zur Eda telah membawanya dengan baik," - Datuk Ramli MS.


9. Shidi Data - Mengapa Dikenang Mengapa Difikir: "Tak sangka kamu boleh carry lagu ini. Suara kamu pula semakin bagus," - Datuk Khatijah Ibrahim.


10. Elly Mazlein - Perawan atau Janda: "Nyanyian kamu ada salah tempat tadi. Tetapi feel kamu menyanyikan lagu itu okay," - Datuk Ramli MS.


11. Rem - Penawar Rindu: "Nyanyian kamu kedengaran kasar untuk lagu ini tetapi saya perlu bagi kredit. Good try!" - Datuk Ramli MS.


GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu keempat GV 3 bakal membawa tema DuetVaganza dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Foto: Instagram @theputehtv