Pelakon yang sedang mencipta nama di Hollywood, Priyanka Chopra, dikritik hebat pereka fesyen India kerana tampil mengayakan pakaian berwarna-warni.

Menerusi laporan Dailymail, pakaian yang digayakan Priyanka kelihatan pelik ketika dia berjalan di sekitar New York City, Amerika Serikat, baru-baru ini.

"Baju yang digayakan Priyanka sungguh memalukan dan dia kelihatan seperti badut yang ingin melakukan persembahan.

"Dia juga kelihatan sangat tua apabila mengayakan pakaian itu.

"Penampilannya kali ini dilihat gagal dan tidak menyerlah seperti sebelum-sebelum ini.

"Akibat daripada itu, dia mendapat pelbagai kritikan daripada orang ramai dan pereka fesyen dari India," kata sumber

Namun ada juga peminat memberikan pujian kepada Priyanka Chopra kerana dia mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mengayakan pakaian itu.

Sumber: Daily Mail