Kerinduan peminat terhadap bekas anggota Running Man, Kang Gary terubat selepas figura popular itu kembali aktif di akaun Instagram (IG)nya.

Gary atau nama sebenarnya Kang Hee Gun telah memuat naik tiga foto terbaru khas buat tatapan peminat semalam.

Hashtag #speechless dan #hawaii pada foto-foto tersebut menunjukkan Gary kini sedang berehat sambil menikmati percutiannya di pulau Hawaii dan juga Jepun.

Dalam pada itu, peminatnya di seluruh dunia meluahkan rasa lega kerana Gary memilih untuk kembali ‘berkomunikasi’ dengan mereka menerusi IG.

@asbuenafe: Apa khabar @kang_gary8888, kami rindukan awak sangat-sangat.

@korinisr: Alhamdulillah, oppa muncul di 24 Ramadhan.

@sara_syeda_26: Yaaasssssss'!! Selamat kembali Gary!


Ini merupakan kemaskini pertama yang dilakukan oleh Gary selepas membuat keputusan untuk memadamkan kesemua fotonya pada 1 Mei lalu.

Tindakan Gary itu telah menimbulkan tanda tanya peminat sehingga ada yang membuat spekulasi penyanyi rap ini tertekan kerana teruk dikritik netizen selepas membuat pengumuman mengenai perkahwinan mengejutnya pada 5 April lalu.

#할말잃음#실어#hawaii

A post shared by Waiting (@kang_gary8888) on

#tbt

A post shared by Waiting (@kang_gary8888) on

#streamercoffee

A post shared by Waiting (@kang_gary8888) on

Teks oleh: Mya Amri