Sebuah syarikat permainan seks meminta keizinan penyanyi terkenal Justin Bieber untuk mencipta replika alat sulitnya dalam bentuk emas.

Replika tersebut akan dilelong dan hasil lelongan akan disumbangkan ke sebuah badan amal.

Justin telah ditawarkan wang sebanyak USD50,000 (RM213,552) untuk memberi keizinan tersebut.

Perunding syarikat permainan seks itu memberitahu dia pasti replika tersebut dapat dilelong dengan harga yang tinggi.

"Bersama tawaran ini, kami ingin menghasilkan permainan berkualiti tinggi dan melelongnya dengan harga yang paling tinggi.

"Hasil keuntungan jualan itu akan disumbangkan untuk badan amal pilihan Justin," tulisnya dalam surat yang dihantar kepada penyanyi tersebut.

Tidak hanya bersalut emas, replika alat kelamin Justin Bieber itu dikatakan akan dihiasi sebuah cincin bertahtakan 50 biji berlian.

Perjanjian itu turut tertulis dalam surat tawaran tersebut.

Sumber: Aceshowbiz