Aktres Indonesia Nia Ramadhani Bakrie 26, mengumumkan hamil anak ketiga dan usia kandungannya kini berusia sembilan minggu.

Pelakon yang terkenal menerusi sinetron Bawang Merah Bawang Putih turut bersyukur dengan kehadiran 'orang baru' ke dalam keluarganya dan berharap bayi tersebut sihat sehingga dilahirkan.

“Benar saya sudah hamil, doa-doakan agar kandungan saya berada dalam baik dan sihat tubuh badan.

“Saya sudah bercadang dengan Ardi hanya mahu tiga orang anak sahaja.

“Tapi kalau ditakdirkan lebih daripada itu, saya terima dengan hati yang terbuka dan ia adalah rezeki,” kata Nia kepada portal suara.com di Jakarta Barat baru-baru ini.

Nia Ramadhani dan suaminya Adriansyah Bakrie telah bernikah pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang anak perempuan yang bernama Mikhayla Zalinda Bakrie dan Mainaka Zainati Bakrie.

Nia juga terkenal membintangi filem seram Indonesia seperti Suster Ngesot dan Hantu Jembatan Ancol.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Suara.com