"Macam Mana Dada Jaga Anak?" - Fasha Sandha Kecewa Lihat Kesan Luka Di Wajah Anak
Pelakon jelita Fasha Sandha meluahkan kekesalan selepas mendapati wajah anak perempuannya, Puteri Raysha Jemyma, 2, mempunyai kesan cakar dan lebam.
Fasha bercerita mengenai kejadian tersebut menerusi dua entri terbaru di laman Instagram miliknya, @fashasandha.
"Apa perasaan seorang ibu, 3 hari tak jumpa anak, bila anak balik rumah ada luka kat muka. Dah la nak raya ni.
"Ibu jaga Jemyma 2 tahun 7 bulan satu luka atau parut pun tak pernah kena. Hmmm macam mana dada jaga anak... #frustated #iburayfalraysha @welfs4eva," tulis Fasha di entri pertama.
"Ini adalah kesan cakar dan sedikit lebam. Ya, to some people maybe ia kelihatan kecil, but to me, ini satu perkara yang sangat mengguriskan hati saya.
"Untuk melepaskan anak, bukan satu perkara yang mudah. Hanya ibu yang benar-benar ibu yang akan memahami perasaan ini. Saya paksa diri demi kebaikan anak-anak, bila balik ada lebam luka begini, apa patut saya rasa sebagai seorang ibu?
"Yes accidents happen, but sebagai ibu saya berhak untuk tahu kenapa jadi begini pada anak perempuan saya yang tak pernah luka seumur hidup.
"Saya menulis, kerana saya sangat terguris hati, saya bukan marah, bukan juga membesarkan hal, tapi saya menulis kerana saya berhak untuk menulis tentang apa yang saya lalui. Adakah kerana saya seorang artis, saya tidak berhak menulis?
"Adakah saya hanya boleh menulis perkara yang MANIS-MANIS dan BAIK sahaja? Saya seorang ibu, hanya ibu mithali saja yang akan memahami perasaan saya.
"Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak saya apabila saya tiada disisi. Ini adalah luka pertama dan luka tu dimuka pula.
"Saya berasa kecewa sangat kecewa. Saya yang mengandungkan dan saya yang melahirkan anak saya. Bila anak saya sakit saya turut merasakan kesakitan.
"Tidak berniat memburukkan sesiapa, hanya berkongsi dan saya tetap akan menulis di IG saya sampai bila2, pahit atau manis. Its my IG, remember that always. #iburayfalraysha #frustrated @wlfs4eva," tulis Fasha di entri kedua.
Sebelum ini, pelakon filem Badang The Movie ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 40, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Selain Putri Raysha Jemyma, Fasha dan Rizal turut mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayfal Ramli, 3.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Amri Hassan
Mon Jun 19 2017
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.