Sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, persiapan lengkap harus dilakukan agar perjalanan ke destinasi yang ingin dituju berlangsung dalam keadaan selamat.

Pemeriksaan kenderaan harus dilakukan dengan rapi. Kenderaan bukan sahaja perlu diselenggara mengikut jadual, pemeriksaan lengkap juga harus dijalankan sebelum anda memulakan perjalanan. Singgah ke Pusat Servis Proton yang berdekatan untuk tujuan tersebut.

Pastikan kereta anda berada dalam keadaan baik, semua aspek terjamin keselamatannya dan semua tayar dalam keadaan yang bagus sebelum anda mula memandu ke kampung halaman masing-masing.

Proton Ertiga merupakan sebuah kenderaan MPV kompak EEV (Energy Efficient Vehicle) yang mampu menjimatkan penggunaan petrol dan memberikan anda pengalaman yang berbeza dalam pemanduan pulang ke kampung. Sebagai MPV kompak pertama yang diiktiraf sebagai EEV di Malaysia, Proton Ertiga membolehkan anda merancang perjalanan dengan lebih bijak.

Proton Ertiga juga tampil dengan susun atur tempat duduk pintar serta memberikan banyak ruang untuk anda dan keluarga. Hadir dengan rekaan dalaman dan luaran yang memikat, Proton Ertiga juga memberikan keselesaan serta penjimatan yang baik untuk pengguna.

Proton Persona baharu merupakan sebuah kenderaan yang sangat praktikal, ekonomi dan selesa. Dilengkapi dengan ciri-ciri pintar untuk keselesaan dan kemudahan pengguna. Ianya juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Hadir dengan eco drive assist, Proton Persona juga menampilkan ciri-ciri hebat seperti passive keyless entry, push start button, auto on / off headlamp, dua sumber pengecas USB, sambungan Bluetooth, sambungan Wi-Fi, follow me home lamp serta electric headlamp levelling.

Proton Persona Serba Baharu juga hadir dengan rekaan luaran dan dalaman yang bercirikan moden, stylish dan sporty. Selain cirri praktikal yang ditampilkan, Proton Persona Serba Baharu juga datang dengan ciri keselesaan dan keselamatan yang tinggi untuk pemandu dan penumpang. Ianya dilengkapi dengan Electronic Stability Control (ESC) serta Traction Control (TC), sistem brek anti kunci dan beberapa ciri keselamatan lain sehingga mendapat penarafan 5-bintang ASEAN NCAP.

Disamping meraikan kedatangan lebaran yang penuh bermakna dengan pulang ke kampung halaman, sambut kehadiran Syawal yang penuh kemeriahan dengan Teroka Raya bersama Proton!