Katy Perry Miliki 100 Juta Pengikut Di Twitter, Pecah Rekod Dunia

19 Jun 2017. 7.00 PM
845
Hiburan
Katy Perry Miliki 100 Juta Pengikut Di Twitter, Pecah Rekod Dunia
Penyanyi Hollywood,  Katy Perry mencipta sejarah apabila dia menjadi pengguna Twitter pertama yang memiliki 100 juta pengikut.
 
Perkara itu diumumkan sendiri oleh wakil Twitter di Washington.
 
“Hari ini kita melihat sejarah baru telah tercipta.
 
”Tahniah Katy Perry kerana menjadi yang pertama memiliki 100 juta pengikut!” kata Twitter dalam satu kenyataan media.
 
Menerusi platform media sosial tersebut, penyanyi berusia 32 tahun itu telah menyiarkan kehidupannya secara langsung selama 96 jam.
 
Segala aktiviti hariannya termasuk tidur, memasak, melakukan yoga, bermain dengan haiwan peliharannya telah dikongsi bersama pengikutnya termasuk perbulan Katy bersama beberapa selebriti lain yang mengunjungi rumahnya.
 
Menurut, Katy, walaupun kehidupannya disiarkan kepada umum menerusi 41 kamera, dia mengakui bahawa perhatian yang diberikan kepadanya adalah suatu yang agak sukar untuk diterima.
 
“Saya memang memiliki watak ’Katy Perry’ yang dikenali semua orang tetapi sebenarnya ia sekadar topeng.
 
“Saya cuma manusia biasa yang hidupnya diperhatikan,” katanya kepada pihak media.
 
Selain itu, Twitter turut mengumumkan penyanyi Justin Bieber kini berada di tempat kedua dengan hampir 97 juta pengikut, manakala Taylor Swift memiliki 85 juta pengikut.
 

Olahan : Izzat Ridzwan
Sumber : Harian Metro
 

Artikel Berkaitan


Komen