Penyanyi Hollywood Beyonce, 36, telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar pada Ahad (semalam).

Menerusi sebuah laporan E! Online, Beyonce dilaporkan berada di hospital sejak khamis lalu dan ditemani suaminya, Jay Z.

"Jay Z sentiasa menemani isterinya yang berada di hospital dan dia juga kelihatan gelisah sejak Beyonce dimasukkan ke hospital.

"Mereka sangat teruja dengan kelahiran cahaya mata kembar ini dan telah berkongsi berita gembira itu dengan ahli keluarga serta rakan terdekat," kata sumber terdekat Jay Z.

Namun sehingga kini pasangan tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kepada pihak media mengenai perkara itu.

Beyonce dan suami, Jay Z telah berkahwin pada 2008 dan kini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Blue Ivy.

Pada awal Januari 2017, Beyonce telah mengejutkan peminatya dengan berita kehamilan bayi kembar dan dijadual akan melahirkan bayi tersebut pada Julai akan datang.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: E! Online