Jual Jeans Kerana Ingin Bantu Orang Berbadan Besar - Abam

19 Jun 2017. 3.06 PM
1,214
Hiburan
Jual Jeans Kerana Ingin Bantu Orang Berbadan Besar - Abam
Pelawak Abam (Bocey) kini tampil dengan koleksi jeans keluarannya sendiri selepas sekian lama menyimpan hasrat tersebut.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, berkata, bentuk fizikal yang besar telah memberikan dia idea untuk keluarkan seluar jeans kepada orang ramai yang mempunyai masalah sepertinya.

"Saya sebenarnya mempunyai masalah untuk mencari saiz seluar seperti orang lain kerana saiz saya agak sukar untuk di jumpai.

"Jadi saya mengambil pendekatan untuk mengeluarkan seluar sendiri iaitu Abam Brand kerana ingin membantu mereka untuk mendapatkan seluar yang sesuai dan bergaya meskipun berbadan besar.

"Buat masa ini, saya hanya keluarkan dua jenis koleksi yang diperbuat daripada fabrik yang boleh diregangkan untuk keselesaan pemakai.
 
"Saya harap dengan koleksi pakaian ini dapat membantu mereka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kami sejak dulu lagi," katanya kepada Astro Gempak.

Abam ditemui pada Majlis Tayangan Program Raya Astro 2017, di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan


Komen