Bazaar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan merupakan bazaar yang popular dan menjadi tumpuan penduduk sekitarnya.
Kunjungan Astro Gempak ke bazaar Ramadan tersebut untuk rakaman Sajian Hati Digi bersama Izzue Islam telah menemui pelbagai juadah berbuka puasa yang menarik di sana.
Selama dua hari mengunjungi bazaar tersebut, Astro Gempak mendapati makanan berikut antara yang popular dan sukar didapati di negeri lain.
1.Ketupat Sotong
Ketupat sotong ini makanan popular di Kelantan dan pantai timur. Ia juga dikenali sebagai sotong sumbat. Ketupat sotong adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan. Rasanya lemak manis dan terasa keenakakn dan keharuman daun pandan yang dimasak sekali.
2. Ayam Percik Kuah Putih
Ayam percik kuah putih ini mungkin sukar untuk didapati di tempat lain kerana ia berbeza dengan ayam percik biasa. Kuah putih yang disiram ke atas ayam percik ini menjadi jaudah popular di bulan Ramadan. Ayam percik ini mempunyai kelainan yang tersendiri dari segi warna kuah dan citarasanya.
3. Jala Mas
Pada masa dahulu, Jala Mas biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan kerana kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit. Kini ia menjadi popular di sebelah pantai timur terutama di Kelantan. Kuih manis ini menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula.
4. Kuih Akok
Meskipun kuih Akok ini sudah popular ke serata negeri dan ia sudah mula dijual di mana-mana, namun di bazaar Ramadan di Kelantan inilah kuih yang popular yang banyak dijual di sana. Kini kuih akok yang biasanya berbentuk bujur, telah diinovasikan kepada bentuk bunga yang dikenali sebagai Akok Bunga atau Akok Kemboja.
Syafiqah Jalal
Mon Jun 19 2017
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.