Pelakon Janna Nick kini sibuk menguruskan perniagaan telekungnya, Janna Rezqi di festival Mood Republik yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sejak beberapa hari lalu.

Namun apa yang menarik perhatian ialah cara pelakon cantik itu menarik perhatian pelanggan dengan sikap ‘kepoh’nya ketika mempromosikan telekung berkenaan.

Terkenal dengan sikap peramah, kehadiran Janna Nick di ‘booth’ peniagaannya ternyata membuatkan pelanggan yang hadir tidak kering gusi sebaik sahaja melihat gelagatnya.

Janna juga turut memuatnaik video lucu bersuara ‘chipmunk’ bersama Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid ketika meminta mereka mempromosikan jenama telekungnya semalam.

Video tersebut menerima reaksi positif dan rata-rata mereka memuji kecomelan aktres itu selain menyatakan rasa lucu sebaik sahaja menonton video tersebut.

Selain peminat, pelakon Fasha Sandha juga turut memberi komen ringkas.

“Comeyyyy,” tulisnya.

Dalam pada itu, video berkenaan telah mencapai lebih 100 ribu tontonan.

Ai nak inform MALAM NI.. MALAM TERAKHIR BAGI @moodrepublik PWTC!!! Ai akan ada kat sana jam 11 malam!!!! Boleh ke booth 3040 hall 3... @jannarezqi + @sephia.my #sayangketatsendatpadat @janna_nicker Thanks abam @saharulridzwan mawar layu di tasik madu @mawarashid raden bukan radin era @rafyaakob

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Teks oleh: Mya Amri