Penyanyi terkenal Lady Gaga mengakui dirinya masih lagi mencintai bekas tunangnya, aktor Taylor Kinney.

Menjalinkan hubungan selama lima tahun, Gaga dan Kinney mengambil keputusan untuk memetuskan pertunangan mereka pada Julai lalu.

Gaga mendedahkan perasaan hatinya menerusi satu temubual bersama hos Howard Stren dana The Howard Stren Show baru-baru ini.

“Kami sangat rapat. Dia adalah cinta dan sahabat saya. Saya dan dia sentiasa percaya kami adalah rakan yang mempunyai jiwa yang sama.

“Kami mempunyai impian besar dalam karier dan mahukan yang terbaik untuk karier masing-masing,” kata Gaga.

Dalam pada itu, Kinney juga telah dikatakan mempunyai teman wanita baru selepas berpisah dengan Gaga.

Kinney kini sedang memadu asmara dengan seorang pegawai radiologi dari Hospital South Philly, Alanna Digiovanni.

Olahan oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Vanity Fair