Ketua kumpulan K-Pop terkenal Girls Generation, Taeyeon akui tidak menyukai kebanyakan lagu-lagu yang diberikan kepada kumpulan tersebut.

Kata Taeyeon, dia pernah menangis kerana enggan menyanyikan lagu-lagu yang diberikan.

Taeyeon mendedahkan perkara tersebut menerusi beberapa temubual sebelum ini.

Antara lagu yang tidak disukainya adalah Gee, Hoot dan Lion Heart.

"Ketika mula-mula mendengar lagu itu , saya rasa lagu tersebut sangat teruk sehingga tidak mahu menyanyikannya," katanya seperti yang dilapor Koreaboo.

Manakala lagu yang disukainya pula adalah Run Devil Run.